Cara Mudah Detoks Tubuh Badan Anda

cara detoks, kuruskan badan cepat

Apa itu detoks/detox?


Detoks merupakan proses membuang sisa-sisa kotor atau toksin melalui organ utama seperti kulit, hati, ginjal dan saluran pencernaan. Kelakuan seperti bernafas, berpeluh dan membuang air kecil dan besar merupakan aktiviti-aktiviti yang lazim untuk membuang sisa-sisa toksin ni.

Toksin terkumpul dalam badan dan tidak dikeluarkan akan membahayakan kesihatan tubuh badan dalam jangka panjang.

Sumber : Linked

Oleh itu penting bagi kita mengetahui cara-cara untuk detoks tubuh kita.

Cara Mudah Detoks Tubuh Badan



Hirup Udara Segar



cara detoks, kuruskan badan cepat
Source imgur.com

Persekitaran yang sihat akan mempengaruhi kesihatan kita. Kadangkala kita tidak dapat mengawal sepenuhnya kualiti udara di sekeliling.

Asap rokok, habuk, pasir dan wangian yang tidak sesuai berkemungkinan boleh membuatkan udara persekitaran dalam rumah anda lebih bahaya daripada di luar.

Cara terbaik adalah memastikan udara segar dan bebas dari toksin. Antara cara yang mudah ialah dengan menanam tumbuh-tumbuhan di halaman rumah anda.

Makanan Organik


Salah satu cara untuk mengalakkan proses detoks tubuh badan anda ialah dengan memilih makanan yang betul. Elakkan memakan makanan segera dan ringan selalu dan dalam kuantiti yang banyak.

Kita sememangnya tahu dalam suasana yang sibuk dan cepat, kita biasanya akan memilih makanan segera kerana ianya mudah dan cepat.

Dan kadangkala benda yang senang dan cepat tu boleh memudaratkan anda pada usia lanjut anda.

Oleh itu, pilih makanan yang betul dengan kuantiti yang betul. Banyakkan makan sayur-sayuran kerana sayur-sayuran mempunyai mikro-nutrien yang tinggi dan kaya dengan serat (fibre). Ia boleh melambatkan perasaan lapar anda.

Makanan segera kurang nutrien yang diperlukan oleh badan. Oleh itu, tubuh anda kerap berasa lapar sebagai signal bahawa ia perlukan nutrien yang betul. Tapi semakin banyak pula anda bedal McD

Kurangkan Gula 


Makanan dan minuman manis memang sedap. Setiap kali kita rasa makanan manis ni, lebih banyak kita nak makan. Tapi semanis-manis makanan yang pernah saya makan, lebih manis muka awak di mata saya. Cia cia cia.

Kenapa kita rasa nak makan saja lepas makan makanan yang manis? Kerana kandungan gula yang banyak boleh membuat anda craving (mengidam?).  

Oleh itu, banyak syarikat, mengambil kesempatan untuk meletakkan kandungan gula yang tinggi dalam produk makanan dan minuman agar orang ramai membeli produk mereka untuk menghilangkan nafsu craving mereka.

Pengambilan gula yang banyak boleh membuatkan tubuh badan cepat penat, membawa kepada penyakit diabetis, kanser dan obesiti.

Minum Air



cara detoks, kuruskan badan cepat
Source : ufc.com

Air merupakan satu cara terbaik untuk detoks tubuh badan anda. Antara fungsi asas tubuh badan memerlukan air seperti menghasilan liur, peluh dan membuang sisa kotoran.

Banyakkan minum air dan bukanlah air kopi atau minuman ringan. Minum air kosong memang membosankan. Anda boleh cuba tambah viariasi seperti meletakkan lemon atau ketulan nanas.

Minum air putih dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.

Bersenam


cara detoks, kuruskan badan cepat
Source : genius.com

Ramai orang tahu bersenam itu banyak kebaikannya. Tapi tak semua orang suka bersenam. Bersenam dapat membantu tubuh badan mengeluarkan toksin melalui peluh. 

Ianya juga membantu melancarkan pengaliran darah, meningkatkan penghadaman, melincirkan sendi dan menguatkan tubuh.

Selain itu, bersenam dapat mengurangkan stress, Stress boleh menyebabkan kesihatan anda terganggu. Oleh itu, kurangkan kontroversi. Tingkatkan prestasi.

Antara senaman yang saya rekomenkan kepada anda ialah Tabata atau 7-Minute Workout kerana ia cepat dan senang untuk orang malas seperti anda.. dan  juga saya.

Baca Juga : Cara Ekstrim Kuruskan Badan Dalam Seminggu

cara detoks, kuruskan badan cepat