Selamat Tinggal H12-Media...

kelebihan H12-media, cpm, payment

Apa tu H12 Media?


H12-Media merupakan salah satu syarikat periklanan yang menawarkan peluang kepada pemilik website dan blog untuk menjana wang online. Ia dilancarkan pada 2002 dan berpusat di Turki. 

Memandangkan ada sebilangan website yang tidak diluluskan oleh Adsense, H12 Media merupakan antara alternatif terbaik untuk mereka yang baru meletakkan iklan walaupun dengan trafik/view yang kurang.

H12 Media Review


Menariknya, syarat untuk memohon H12 Media sangat mudah. Trafik yang sikit pun boleh mohon dengan cepat dan senang. 

Jenis iklan yang ditawarkan pada mulanya ialah banner dengan Cost Per Mile (CPM) dan Cost Per Click (CPC). Ini bermaksud mereka membayar dengan pemilik blog samaada dengan Impression dan/atau click berdasarkan pilihan kita.

Mereka sekarang menambah jenis iklan seperti Pop-Up dan juga video.

Bukti pembayaran


Kelebihan H12-Media tidak dinafikan apabila memberi pembayaran secara cepat. Kadangkala tak sampai 2 hari payment sudah muncul dalam akaun. Cuma kalau nak cepat kena bayar fee (yuran) 10%.

h12 media payment, review, cpm
Bukti Pembayaran H12-Media

Pembayaran pertama dari H12 Media : 67.36 USD
Kedua : 42.48  (-10%) = 38.23 USD

Lumayan kan? Bukan dalam Ringgit Malaysia tapi dalam US Dollar.

Kalau lumayan, kenapa kata Selamat Tinggal H12-Media?

Baru-baru ni blog saya, trafik menurun secara mendadak. Sudah tentu la pendapatan dari H12 Media saya juga menurun kan. Adakah salah H12 Media membuat kan trafik blog menurun?

Tidak.

Boleh terima lagi kalau pembayaran dari H12-Media menurun kerana trafik menurun. Tapi ianya bukan saja menurun tapi kosong. (0)

H12-Media Menipu? H12 Media Scam?


Setelah mengkaji beberapa blog dan forum seperti Digital Forum, ternyata syarikat mereka memberi misinformation (maklumat salah) tentang jenis pengiklanan yang mereka tawarkan.

H12-media payment, review
CPM atau CPC

Mereka mengatakan bahawa syarikat mereka menawarkan iklan jenis CPM. Akan tetapi sebenarnya mereka menawarkan iklan jenis CPC.

Oh . Mungkin tiada masalah untuk itu. Dengan meletakkan banner di tempat yang betul, pelawat blog pasti akan klik mana-mana banner.

Jangkaan yang salah. Tengok Screen shot di bawah :

Payment, review, CPM
Telur

Impression lebih  1000. (Kalau ikutkan iklan CPM, sepatutnya saya dibayar). Malah dalam report ada juga dikatakan Paid Impression. 

Kalau tengok klik, memang sikit. Tapi mereka tidak membayar untuk Impression + click terkumpul.

Untuk 9864 Paid Impressions, dan 18 clicks dan saya dapat 0.00 USD revenue.

Mungkin mereka staff mereka masih bercuti. Mungkin inilah masanya untuk saya meninggalkan H12 Media.

Apa langkah yang saya ambil ?


Sekiranya anda ingin mencuba beriklan dengan H12 Media, apa salahnya. Saya cuba bersangka baik. Mungkin saya akan kembali mengunakan H12-Media jika mereka memperbaiki sistem mereka semula.

Pada masa ini saya letakkan cuba beralih kepada iklan PopAds.

Setelah mencuba menggunakan Popads, saya sangat berpuas hati. Walaupun website mereka sangat simple, ternyata boleh juga saya menjana wang online semula. 

H12-media review 

Sangat mengejutkan. Rate untuk PopAds berubah-ubah mengikut bidder dan rate paling tinggi pernah saya dapat ialah sebanyak 6.60 USD per Mile! Maksudnya untuk 1000 Impression saya dapat 6.60 USD, kalau 10,00 Impression?

Kalau nak daftar dengan PopAds  boleh baca Cara daftar PopAds

Kelebihan PopAds 

  1. Blog tidak sesak dengan banner sebab PopAds cuma menawarkan iklan jenis Pop-Up dan Pop-Under (boleh pilih mengikut kesesuaian sendiri).
  2. Viewer-Friendly. Berbanding dengan sebelum ni. PopAds boleh diset dengan mudah. Contoh, anda boleh setkan berapa kali iklan tu untuk ditayangkan kepada 1 pelawat dan berapa saat iklan tu muncul selepas pelawat masuk ke blog.
  3. Flexible. Biasanya banner iklan tidak muncul sebab tiada advertiser bid untuk iklan. PopAds mempunyai penyeselaiannya dengan memunculkan iklan dari syarikat iklan lain (atas pilihan kita) sebagai banner. Dengan itu, kita dapat keuntungan walaupun iklan dari PopAds tidak muncul.
  4. Rate CPM yang tinggi. Walaupun rate berubah-ubah mingikut advertiser tapi rate yang ditawarkan tinggi maintain. Mencecah 6.60 USD per Mile dan paling rendah sepanjang saya mengunakannya ialah 2.20 USD per Mile. 
  5. Anda juga bebas untuk memilih rate anda. Paling minimum ialah 0.001 USD. Anda boleh pilih rate yang lebih tinggi tapi iklan akan muncul dengan sikit dan menjejaskan income anda.
Kalau anda nak cuba rasa kelebihan-kelebihan ni, boleh la mendaftar di PopAds dan kena pastikan traffik anda 1200 ke atas setiap hari. Baru earning masyuk

Anda boleh juga letakkan iklan lain seperti PopCash atau mana-mana syarikat pengiklanan yang lain.

Selain dari PopCash dan PopAds, apakah syarikat pengiklanan lain yang menawarkan peluang menjana duit secara online untuk blogger yang baru ingin bermula?

UPDATE : Sekarang H12 Media punya earning dah kembali. Mungkin sebab ramai dah komplen. Saya akan bagi H12-Media peluang sekali lagi dan kita tengok earning dia macamana nanti :)