Tips dan Cara Ringkas Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat


Cara Menurunkan Berat Badan

Apakah cara dan tips yang sihat untuk menurunkan berat badan?

Pakar bersetuju bahawa dengan cara diet yang betul, senaman yang konsisten dan mindset yang postif boleh membantu anda mencapai berat badan ideal yang anda idam-idamkan selama ini.

Siapa pakar tu?

Hmm..

Tak perlu pakar pun kita tahu memang itu la langkah yang perlu dilakukan untuk sihat dari segi fizikal dan juga mental.

Dengan kehidupan kita diselubungi oleh makanan ringan, makanan segera dan manisan melampaui batas, kita seakan-akan  lupa untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.

Kandungan kalori dan lemak dengan nutrien yang kurang telah menjadi kebiasaan kepada ramai orang. Kebanyakkan rumah selalunya mesti ada mee segera, minuman 3 in 1 dan makanan dalam tin.

Dan adakalanya makanan sebegini diambil dalam kadar hampir setiap hari.

Saya faham bukan semua orang dapat makan makanan yang mahal-mahal. Saya pun pernah mengalami situasi yang sama. Lebih teruk ketika waktu saya masih belajar di IPTA dulu.

Kerana ingin berjimat, dalam sebulan tu saya patahkan maggi kari kepada dua bahagian untuk dimakan sebelah pagi dan petang.

Apabila saya pulang ke rumah, perkara yang paling saya terkejut ialah saya ditanya kenapa saya semakin gemuk?

Setiap orang tak sama...

Ketika kantin hostel kami ditutup, memang susah nak cari makan. Koperasi pun kadang-kadang buka dan tutup. Cuma harapan yang tinggal ialah mee segera.

Akibat lapar yang teramat, kawan saya Amran (bukan nama sebenar) pernah makan mee segera berjenama Mee Sedap 5 bungkus sekali. Fuhh.

Memang jenis yang kuat makan tapi tak pandai gemuk-gemuk.

Setiap orang perlu nutrien dan  kalori  berbeza berdasarkan jenis badan, genetik atau pun faktor-faktor lain.

Apa yang saya kongsikan dekat sini adalah cara diet sihat yang ringkas, asas dan perlukan kesabaran. Kalau anda jenis yang tak sabar dan perlukan tips diet cepat, boleh cuba yang ini : Teknik Pantas Jadi Kurus

Adakah dengan diet saja kita boleh menurunkan berat badan?

Gabungan diet seimbang dan senaman merupakan kunci untuk menurunkan berat badan. Sekiranya disuruh untuk pilih antara diet dan senaman, diet sebenarnya lebih mudah.

Dan kadang-kadang senaman yang ektrim dan berjam-jam boleh menjadikan nafsu makan membuak-buak dan lapar.

Sumber :  Science Daily 

Anda boleh berjogging, berbasikal, lompat tali dan berenang sepanjang hari untuk bakar 564 kalori atau memilih  untuk tidak makan  1 burger Big Mac yang mempunyai kandungan kalori yang sama.

Sekiranya anda sentiasa sedih sebab susah nak muatkan seluar setiap pagi dan rasa lesuh, tak bermaya dan cepat penat, anda perlu mulakan rutin pemakanan yang sihat.



Jadi, apakah cara dan tips sihat untuk menurunkan berat badan?

Cara Menurunkan Berat Badan

Kena tahu jenis makanan yang membahayakan kesihatan


Tahukah anda jika makanan yang anda makan tidak betul, anda boleh bersenam seberapa lama seperti orang gila pun anda tidak akan berjaya untuk turunkan berat badan?

Ini disebabkan ianya mengambil masa yang lama untuk membakar lebihan kalori dari makanan yang mempunyai kadar lemak tinggi seperti makanan dan minuman yang manis.

Sebagai contoh, anda perlu berjogging selama purata 1 jam dengan kelajuan yang konsisten untuk membakar kalori yang terhasil dari 1 Dunkin Donut.

Atau pun dengan 2 jam berbasikal.

Elakkan makanan-makanan ini sekirannya anda ingin mengurangkan berat badan.

x Makanan dalam tin
x Makanan segera
x Makanan bergoreng


x Minuman bergas
x Minuman 3 in 1

x Minuman manis

Mungkin ramai yang tak tahu mengambilan makanan dan minuman segera sangat membahayakan kan?

Boleh baca sini : Minuman 3 in 1 - Pembunuh secara senyap


Jangan simpan makanan mengemukkan dalam rumah


Jika makanan tu senang kita nampak dan capai, lebih mudah ianya kita makan. Cuba kurangkan atau ganti makanan ringan di rumah dengan makanan yang lebih berkhasiat agar anda dapat memaksa diri untuk makan makanan yang sihat.

Ia mungkin mudah dari apa yang anda fikirkan.

Contoh :

a. Gantikan beras putih dengan beras perang.
b. Gantikan isi kotak aiskrim dan isikan dengan ikan.
c. Kawal jumlah bahagian makanan anda.


Makan dengan kerap dengan kuantiti yang berpatutan


Mereka yang makan banyak kali dengan kuantiti yang sedikit lebih cendurung untuk mempunyai berat badan ideal.

Makan dengan bahagian kecil sebanyak 4-5 kali sehari memang biasa bagi mereka yang mengamalkan diet sihat. Setiap hidangan kecil itu seringkali membantu untuk menahan rasa lapar dan seimbangkan suapan kalori setiap hari.

Dalam setiap hidangan mungkin anda boleh letakkan 300-400 kalori setiap kali makan dan fokus kepada makanan yang mengandungi banyak serat dan protein seperti sayur-sayuran, kacang, ikan dan ayam rebus.

Fakta Menarik : 


Cara Menurunkan Berat Badan
Selebiriti Hollywood, Dwayne Johnson (The Rock) mengamalkan diet 7 hidangan setiap hari. Diet yang penuh dengan protein dan serat.
Sumber : Muscle and Fitness


Jangan biarkan diri anda terlalu lapar


Cara Menurunkan Berat Badan


Kenapa? Sebab saya ambil berat tentang anda.

Makanan akan rasa tersangat-sangat sedap apabila makan ketika merasa lapar dan boleh mengakibatkan kita terlebih makan ( overeating ).

Pastikan anda makan pada waktu yang betul bagi mengelakkan kandungan gula dalam makanan anda tidak terlalu rendah.

Bila waktu yang perlu makan?

Makan sedikit ketika lapar dan berhenti lah sebelum betul-betul kenyang.

Makan dengan kuantiti kalori yang sikit menjelang malam hari kerana waktu malam anda cuma memerlukan tenaga yang sikit. (kecuali anda baru saja kahwin).

Jika kalori tidak sempat dibakar dengan tenaga, ianya bakal-bakal menjadi lemak.


Minum Air Secukupnya


Minumlah air sepanjang hari kerana ianya dapat membantu anda merasa kenyang. Kadang-kadang bahagian minda kita susah membuat keputusan sama ada kita haus, bosan atau lapar.

Sekiranya anda berasa lapar, cubalah minum dua gelas air sebab mungkin minda anda cuma bermain helah dengan anda.

Sebelum makan juga, biasakan minum dua gelas air tapi pastikan anda membaca doa makan selepas tu. Minum air sebelum makan dapat membuatkan cepat kenyang dan mengurangkan nafsu makan anda.

Antara kelebihan minum air secukupnya ialah dapat buang toksin dalam badan dan secara tidak langsung mengurangkan penyakit diabetis.

Berapa banyak air yang perlu diminum setiap hari? Ada yang kata 8 gelas adalah yang terbaik tapi semua orang berbeza-beza.

Kena ambil faktor berat badan, saiz badan, metabolisma dan faktor luaran yang lain juga.

Boleh baca : How to Calculate How Much Water You Should Drink A Day

Mengikut kajian, minum air sebanyak 500 ml, boleh menaikkan metabolisma sebanyak 24% hingga 30%

Minumlah pada kadar yang sepatutnya. Jangan pula terlebih minum air, mungkin anda boleh lemas.


Dapatkan tidur yang cukup


Cara Menurunkan Berat Badan

Percaya atau tidak yang kurang tidur boleh menyebabkan berat badan naik?

Orang yang kurang tidur atau tidak mendapat tidur yang berkualiti lebih terdedah kepada risiko obesiti.

Dalam satu kajian yang telah dibuat, kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak mempunyai tidur cukup adalah 89% dan 55% menjadi obes.

Antara kesan lain ialah perubahan hormon, motivasi rendah untuk bersenam, meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok.

Sumber : NCBI

Sekiranya anda turunkan badan dengan sihat, tidur yang cukup merupakan faktor penting yang perlu diambil kira.

Sering kali kecewa tak kurus-kurus? Baca Pelan Mudah dan Teknik Bakar Lemak

Secara ringkasnya, cara diet sihat untuk menurunkan berat badan  :
  1. Kenali makanan yang perlu dielakkan
  2. Kurangkan/tukar makanan yang mengemukkan
  3. Makan dalam kuantiti yang kecil sebanyak 4- 5 kali sehari
  4. Makan bila lapar, berhenti sebelum terlalu kenyang
  5. Minum air dalam jumlah yang sesuai dengan tubuh badan
  6. Tidur yang cukup
Nampak mudah dan cliche tapi saya cabar anda untuk amalkan tips ini untuk seminggu saja dulu. 
Dapat tak anda bertahan dalam seminggu?
Jadi adakah anda bersedia untuk mencuba tips diet ini? Mari sama-sama kita cuba dan menikmati tubuh badan yang langsing dan sihat. Pastikan anda sentiasa bersemangat untuk mencapai impian anda ! 

Semoga berjaya !

Cara Menurunkan Berat Badan