Nak Berhenti Berblog Sebab Tak Bersemangat?


Berhenti Blogging | Ramai antara rakan blogger saya  yang jarang update entri baru. Ada yang kata sibuk atau pun tiada idea nak update.

Biasa la tu. Kadangkala mula-mula nak berblogging bersemangat sampai nak beli domain, nak jana ribu-ribu dari blog tapi akhirnya terbengkalai.

Tahniah kepada mereka yang dapat kekalkan momentum dan terus meneruskan minat. Tahniah juga ada yang dapat update entri sampai 8 entri sehari sambil bekerja di pejabat.. Memang hebat.

Jadi ini membuatkan saya tertanya-tanya kemanakah semangat yang hilang?

Saya sendiri pun mengalami ciri-ciri semangat yang hilang ni. Antara sebabnya ialah..


Tak dapat fokus


Perhatian saya cepat terganggu. Kadang-kadang kalau nak buat 1 task tu boleh ambil masa yang lama sebab terganggu dengan perkara-perkara yang lain.

Contohnya, saya ada banyak blog lain sebab saya nak cuba macam-macam niche tapi terbengkalai kesemuanya.

Oleh sebab tu kadang-kadang saya jarang update dedauncomel sebab nak uruskan blog-blog yang lain, page yang lain group yang lain.

Akhirnya , semua pun gagal.

Kawan-kawan semua kata fokus satu benda. Bila dah stabil dan complete, baru pindah satu perkara lagi.

Sebab fokus adalah antara Rahsia Menjadi Orang Yang Hebat

Tapi tak semudah yang dikata. Bila saya check, saya berkemungkinan menghidap ADHD.  Mungkin patut saya beli fidget spinner yang tengah popular sekarang ni kan :D (harap-harap ada yang tolong belikan.. hahai )

Apa yang membuat saya terus menulis entri ni?

Apa yang membuat terus mencari semangat yang hilang?

Jawapannya ialah rakan-rakan dalam komuniti blogger yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan membantu menceriakan hari-hari saya.

Salah satu komuniti yang saya ikuti ialah AFB.


Apa itu komuniti AFB?


Nama asal AFB ni pada asalnya #exchangefeedgroup (EFB). Tapi dah tukar nama AFB.

Ia adalah salah satu cara untuk mempromosikan blog. Promosi dari segi macam mana? Feed blog yang terlibat akan terpapar di blog berlainan dalam masa 3 hari.

Maksudnya, kalau dalam 1 group tu ada 20 orang blogger, maka feed terbaru dari blog korang akan terpapar selang seli 3 hari di blog A, 3 hari kemudian di blog B, 3 hari kemudian di blog C dan seterusnya sehingga habis pusingan 19 orang.

Dan cycle akan bermula semula.

Selain daripada bertukar-tukar feed, sesama ahli group juga banyak berkongsi ilmu dan tips blogging. Tips untuk ringankan loading blog, belajar tips seo, jadikan blog kita mesra seo.

Apa lagi, semua adalah, sebabnya ahli-ahli dalam group ni memang sangat-sangat mesra, pemurah ilmu, yang ikan jaws jaga dan bantu ikan bilis supaya dapat membesar dengan jayanya jadi geng anak ikan jaws. Sumber : Nurul Shahira | Dari EFG ke AFB

Kalau nak tau macamana meriahnya komuniti FB ni boleh la klik banner di bawah ataupun hubungi Kak +irra yyan

 Komuniti AFB

Atau pun banner ni :

Komuniti AFB


Komuniti Sabahan Blogger


Yang ini Kak Gojes yang bagi saya masuk di group komuniti ni. Mula-mula macam mau marah tapi sebenarnya best pula bila dapat join komuniti ni. Boleh stay-stay sebab ada blogger yang rapat sebab tinggal berdekatan, ada event, ada baju untuk mereka yang join komuniti ni.

Kalau anda orang sabah dan seorang blogger, bah jangan kasi lama. Boleh join ni group, klik ja logo di bawah tanya minta kasih masuk dalam group Sabahan Blogger. Kita-kita juga bai ni.

 Logo Sabahan Blogger

Dengan ini, saya nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan blogger di komuniti AFB dan Sabahan Blogger.

Dan mereka yang selalu komen di blog dedauncomel ni.

Tidak lupa juga kepada pemilik blog Sentiasa Panas yang nobatkan saya sekali lagi sebagai..

Blog Popular Dan Terbaik Malaysia April 2017

Jasamu dikenang >.<

Mereka ini la yang buat saya bersemangat nak terus update entri ;)