Kelebihan Disqus - Kenapa Saya Suka Guna Disqus?

Kelebihan Disqus


Kelebihan Mengunakan Disqus? Ada banyak komen plugin yang tersedia untuk blogger antaranya Google Plus, Facebook Comment Plugin dan default blogger comment system.

Apa yang membuatkan saya tertarik mengunakan sistem yang disediakan oleh Disqus ini?

Disqus menyediakan ciri-ciri menarik kepada blogger seperti notifikasi komen, perbincangan segera dan universal log-in akaun yang membolehkan anda mendaftar dengan pantas mengunakan akaun Facebook, Twitter atau pun Google Plus.

Apa itu Disqus?



Disqus merupakan sistem komen yang boleh dipasang di mana-mana platform website atau blog termasuklah Blogspot dan Wordpress. Ianya mula dibina pada tahun 2007 oleh Daniel Ha dan Jason Yan sebagai plugin Wordpress.

Yang menariknya, Disqus user-engagement (penglibatan penguna) mencatatkan sebanyak 3 billion pembaca komen dan 80 million memberikan undian komen setiap bulan. ( Salah satu ciri komen Disqus boleh upvote dan downvote)


Adakah penguna Disqus perlu membayar untuk mengunakan sistem komen ini?



Ianya percuma kepada penguna dan juga pelawat blog anda. Anda hanya perlu membayar sekiranya anda ingin mengunakan khidmat pengiklanan mereka.

Dan sekiranya anda layak untuk memaparkan iklan dari Disqus, anda boleh dibayar oleh Disqus sebagai publisher melalui Disqus Promoted Discover Programme mereka.


Antara kelebihan Disqus



Kelebihan Disqus
Thumbs up


Filter Komen Spam dan Notifikasi 



Komen-komen spam semakin lama semakin menjadi-jadi. Dengan mengunakan Disqus, komen-komen yang baru masuk lebih mudah untuk diperiksa mengikut urutan masa sebenar komen dihantar. 

Ia juga mengunakan sistem filter yang memberi amaran kepada komen berpotensi spam.

Walaupun tak semua tapi sangat mudah untuk periksa komen-komen terbaru walaupun pada entri yang berkurun lama dengan sistem notifikasi yang ringkas.


Penglibatan Media Sosial



Pernah nampak komen yang menarik atau pun pick-up line pada komen yang anda rasa perlu dikongsi? Anda boleh kongsikan perbincangan atau salah satu komen dengan hanya beberapa klik.

Tak perlu copy-paste tanpa memberikan kredit, hanya tekan share komen dan anda boleh kongsikannya di Facebook ataupun Twitter.

Terdapat juga link url komen sekiranya anda ingin share komen tersebut di mana-mana website yang lain.


Mobile-Friendly



Komen anda sentiasa kelihatan kemas walaupun dilihat dari pelbagai sudut.

Disqus merupakan komen responsive yang boleh disesuaikan dengan saiz skrin yang anda gunakan.


Boleh Letak Gambar dan Video



Antara ciri menarik Disqus boleh letak gambar dan video. Sekiranya anda mahu, anda boleh membenarkan pengunjung blog untuk letak gambar dan video ada setting Disqus anda.

Menarik sebab kadang-kadang ada perkara yang kita susah nak jelaskan boleh letak gambar atau video dekat komen untuk merancakkan lagi perbincangan. Jangan letak gambar dan video bukan-bukan, dah lah.


Upvote Dan Downvote



Setiap komen anda boleh downvote dan upvote. Bukan saja anda tapi viewer dan pelawat lain boleh  vote untuk komen yang tersedia di mana ia boleh mengalakkan komen yang berkualiti.

Selain itu, susunan komen boleh ditetapkan pada setting Disqus. Anda boleh tetapkan sama ada komen terbaru atau pun yang lama diletakkan pada yang teratas ataupun komen yang banyak upvote diletakkan diatas dahulu.


Lower Bounce Rate



Ciri ini sangat berguna bagi membolehkan pengunjung berada lebih lama dalam blog anda. Ia juga boleh membantu anda mendapat lower bounce rate !

Rasa macam tak adil pula bila bincang sesuatu yang kita suka dengan meletakkan kelebihan-kelebihan yang ada saja.


Berikut merupakan kelemahan yang ada pada Disqus


Kelebihan Disqus
Thumbs down



Daftar Penguna



Ramai antara rakan-rakan blogger saya yang komplen sebab susah nak komen dan malas nak daftar untuk akaun baru Disqus walaupun boleh guna akaun Facebook ataupun Twitter.

Mungkin salah satu sebab ialah tak dapat link-kan blog mereka secara terus melalui user-name yang terpapar.

Kepada mereka yang sering komen di blog Dedaun Comel ini melalui Disqus dan sanggup daftar masuk hanya dengan untuk memberikan komen ikhlas, saya sangat-sangat hargainya.

Terima kasih banyak-banyak kerana memberi semangat dan menyokong blog ini dengan komen anda.


Masa Loading Icon Disqus



Biasanya jika viewer yang tak baca content dan ingin komen secara terus ataupun mempunyai talian internet yang lambat akan nampak icon Disqus berputar-putar sebagai tanda kotak komen belum muncul sepenuhnya.

Sekarang ni semua nak cepat. Kadang-kadang blog atau kotak komen tak keluar dalam 4-5 saat orang dah tak nak komen atau baca blog tu...


Setting Bermasalah



Walauun banyak pilihan setting yang boleh kita pilih untuk sesuaikan dengan ciri-ciri blog kita tapi untuk save setting sangat-sangat bermasalah.-bagi penguna browser Chrome.

Kena pakai browser lain seperti Internet Exporer atau Mozilla Firefox baru setting dapat save. Harap pihak mereka dapat perbaiki glitch/masalah ini.


Disebabkan ramai antara rakan blogger yang meminta saya tukar kepada komen blogger yang biasa, mungkin saya akan pertimbangkan untuk menukarnya..:'( 

Tapi sebelum tu saya sertakan komen dari rakan saya ni..

Kelebihan Disqus


Jika anda berminat nak pasang Disqus di blog, boleh baca ni : Cara Pasang Disqus Di Blog